Jump to content

User:Laieyla/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia

This is an old revision of this page, as edited by 103.5.183.47 (talk) at 14:14, 12 March 2013. The present address (URL) is a permanent link to this revision, which may differ significantly from the current revision.

Bencan Alam : Gempa Bumi 2011--Laieyla (talk) 11:04, 12 March 2013 (UTC)


LATAR BELAKANG GEMPA BUMI

Gempa bumi merupakan satu fenomena alam dimana ianya boleh terjadi dimana-mana sahaja.Selain itu,gempa bumi juga merupakan salah satu fenomena yang terjadi dimana ianya disebabkan oleh permukaan bumi yang mempunyai litupan bumi yang berbatu dan disebabkan oleh permukaan bumi yang berputar.Gempa bumi biasanya berlaku dalam bentuk dimana geseran batu terjadi dan tiba-tiba terlepas akibat simpanan tenaga didalam bumi.Tenaga yang sering disalurkan kepada bumi disebabkan oleh gelombang gempa bumi.Kajian sains telah mengkaji tentang gempa bumi yang berlaku serta gelombangnya yang biasanya dikenali sebagai seismologi iaitu untuk mengoncang permukaan bumi.Dari situlah tercetusnya gempa bumi.Antara gempa bumi yang menimpa Negara pada tahun 2011 ialah Indonesia,Jepun dan di Sumatera.Kejadian gempa bumi ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.


PUNCA-PUNCA TERJADINYA GEMPA BUMI


Fenomena gempa bumi terhasil daripada proses alam semulajadi yang tercetus secara tiba-tiba seperti letupan gunung berapi,kejadian tanah runtuh,gempa bumi dibawah lautan dan hentaman meteor.Walaubagaimanapun,kejadian fenomena gempa bumi terjadi disebabkan oleh berlakunya pembebasan mengejut dari tekanan yang terkumpul yang mengambil masa dalam tempoh yang panjang dan terdapat didalam batunya jauh berada dibawah permukaan bumi.Tekanan ini disebabkan oleh berlakunya pergerakan plat tetonik disepanjang garis rekahan ,lantunan glasier yang dikenali sebagai isostatik. Gempa bumi juga berpunca daripada kerak bumi yang boleh membengkok dan berlipat.Ketika proses ini terjadi ianya akan menyebabkan batuan yang keras akan pecah.Disini akan terjadi faulting dimana berlakunya dua bahagian batu yang bersisihan secara melintang atau menegak. Gempa bumi juga terjadi disebabkan oleh lantunan lisostatik iaitu merupakan fenomena dimana tanah yang terbenam ditindih oleh lapisan air batu yang tebal dan berat.Selain itu gempa bumi juga berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang boleh menyebabkan sekaligus gempa bumi meletus.


KAWASAN PALING TERUK GEMPA BUMI 2011


Tahun 2011 sememangnya menjadi tahun yang paling diingati oleh rakyat Jepun. Gempa bumi yang direkodkan paling teruk sememangnya meninggalkan kesan mendalam dalam diri setiap mereka. Gempa yang mencatatkan skala Ricther mencecah 9.0. 11 Mac 2011 menjadi tarikh keramat yang meragut lebih daripada 140,000 orang. Bandar Sendai seolah-olah menjadi seperti kawasan medan perang dimana mayat bergelimpangan ditepi-tepi jalan, separuh bangunan telah menyembah bumi dan bandaraya penuh lumpur. Keadaan yang sama juga berlaku di ibu negara Jepun, Tokyo. Dikata, gempa bumi kali ini adalah yang paling buruk dalam tempoh 140 tahun negara ini dan keempat terburuk yang pernah direkod. Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Tsunami yang paling dasyat setinggi 14 meter menyebabkan kemusnahan teruk hampir semua bandar Jepun.kerugian harta benda jutaan yen dan paling terkesan lagi kehilangan kerluarga tersayang, ibu bapa, anak-anak, saudara-mara, sahabat, jiran dan kenalan.bukan itu saja, nasib malang warga Jepun ditambah lagi dengan risiko tinggi terdedah dengan ancaman radiasi akibat letupan loji jana kuasa nuklear di Daiichi, Fukushima(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemalangan_nuklear_Fukushima_I)

Christchurch, New Zealand adalah Bandar yang paling tidak disangka boleh berlaku gempa bumi. Pemandangan indah sekitar bandarnya lansung tidak akan terlintas difikiran boleh bertukar menjadi seperti bandar tinggalan. Sekali lagi selepas 6 bulan, bandar yang terkenal dengan bandar yang mempunyai bangunan paling unik didunia digegarkan dengan gempa bumi 6.3 skala Ricther di wilayah Canterbury (http://en.wikipedia.org/wiki/Canterbury), Selatan New Zealand. Pada tahun 2011 mungkin bukanlah tahun yang digemari oleh warga New Zealand ini kerana Gempa bumi yang berlaku pada 22 Feb 2011 tersebut juga digelarkan sebagai hari paling malang di New Zealand oleh Perdana Menteri mereka sendiri dan telah di istiharkan darurat. Gempa bumi tersebut bukanlah sekali sahaja, ia telah disusuli dengan gempa kecil diskala Ricther 5.3 sehingga 6.0 sekitar bahagian timur laut bandar Christchurch, bandar Lincoln yang terletak 20 Km dari bandar sebenarnya. Sepanjang tahun 2011, lebih 166 orang maut ramai yang cedera dan 200 dilaporkan hilang. Gempa yang paling terbaru dilaporkan pada 4 Mac 2013 melalui sumber Geonet. Gempa yang berlaku telah membimbangkan penduduk bandar Christchurch yang dijangka akan berlaku satu lagi gempa yang paling buruk dalam tempoh 4 tahun lagi. Kemusnahan hampir separuh bandar, memberi pandangan awal bahawa bandar tersebut akan menjadi bandar tinggalan. Bangunan sekitar Cathedral Square yang berusia beratus tahun lamanya di tengah Cristchurh tidak dapat diselamatkan lagi kerana runtuh keseluruhannya. Lebih malang lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch ditutup kepada semua penerbangan mengukuhkan lagi bandar Christchurch New Zealand tidak selamat diduduki lagi.

Sama seperti di negara Jepun, tahun 2011 merupakan tahun yang penuh dengan kepedihan bagi negara Turki. Meragut lebih seribu orang, gempa bumi yang berskala 7.2 Richther akibat tertimbus dengan tanah runtuh(http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_runtuh), benar-benar menjadi peristiwa ngeri bagi warga Turki. Akibat dari gegaran itu, beberapa buah banguan runtuh dan bandar Ankara menjadi bandar yang penuh debu. Suasana suram dan panik menyelebungi penduduk desa Tabanli di sebelah timur provinsi Van dan juga di Ercis , Turki pada 23 Oktober 2011 yang sememangnya menjadi kawasan tektoknik aktif yang tidak lari lagi dari berlakunya gempa bumi. Bertambah sulit lagi, aktiviti menyelamatkan mangsa agak sukar dijalankan akibat cuaca hujan dan salju ketika itu. Ia bukanlah satu benda yang baru bagi warga Turki, menurut Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan sebelum ini terdapat gempa yang lagi teruk iaitu berskala 7.4 yang mengorbankan 18 ribu orang pada 14 tahun lalu.

Secara keseluruhan bencana gempa bumi pada tahun 2011 tersebut berlaku pada negara-negara yang sememangnya di dalam kawasan tektonik yang aktif. Kawasan-kawasan yang sering berlakunya gempa bumi ini, sangat subur dan pemandangan yang sangat mengasyikkan, seperti Christchurch New Zealand (http://en.wikipedia.org/wiki/Christchurch) yang dahulunya sering menjadi tumpuan pelancong, begitu juga Turki. Sememangnya gempa bumi sangat memberi kesan kepada negara yang terlibat, ada yang dapat dibangunkan semula seperti negara Jepun dan ada juga yang masih belum dipulihkan, dan seterusnya menjadi kawasan tinggalan.


AKIBAT DAN KESAN GEMPA BUMI


Kesan apabila berlakunya gempa bumi salah satunya ialah menyebabkan bangunan roboh. Gegaran yang kuat dari bawah tanah membuatkan kebarangkalian untuk satu-satu bangunan itu roboh adalah tinggi. Keadaan ini amat bahaya kerana ianya melibatkan nyawa orang ramai. Setiap bangunan semestinya ada penghuninya, andai tidak membawa maut, kecederaan yang parah sememangnya berlaku kerana bangunan tersebut diperbuat daripada batu.

Selain itu, permukaan tanah menjadi merekah dan seakan putus-putus akibat daripada gempa bumi tersebut. Ini membahayakan kerana berkemungkinan besar rekahan itu akan semakin membesar apabila gempa bumi semakin kerap berlaku. Ini membahayakan pengguna jalan raya khususnya kerana jalan raya merupakan laluan utama bagi masyarakat sekarang. Jalan yang merekah boleh menyebabkan berlakunya kemalangan bagi pengguna jalan raya. Seterusnya, akibat gempa bumi yang kuat di dasar laut boleh menyebabkan tsunami. http://id.wikipedia.org/wiki/Tsunami. Tanah runtuh juga berlaku akibat daripada bencana gempa bumi ini kerana gegaran yang berlaku menyebabkan tanah menggelosor setelah menerima gegaran dan ini menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil. http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120909/lu_10/71-bangunan-rosak-akibat-gempa-bumi-di-Bogor http://ibnushukran.blogspot.com/2011/10/hampir-1000-maut-akibat-gempa-bumi-di.html